Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah. Drama Ainur Mardhiyah lakonan Zahiril Adzim dan Sura Sojangi akan menggantikan Drama Amsyar di Slot Azalea TV9 bermula 22 November 2016

Turut menjayakan Drama Ainur Mardhiyah adalah Niezam Zaidi, Neera Azizi, Khaty Azian, Bella Nazari, Fara Lyna, Delimawati, Zaryn Min dan ramai lagi. Drama yang akan bersiaran selama 20 episod dan akan diulang siar di TV3 tidak lama lagi, telah diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd.



Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah

Drama Ainur Mardhiyah mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Ainur Mardhiyah atau mesra dipanggil Dhiya. Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Dhiya tidak pernah kenal siapa kedua orang tuanya.

Dhiya sering dihina dan dibenci penduduk kampung. Dia hanya mempunyai dua orang rakan baik bernama Saiful dan Kiflie. Hanya mereka berdua yang setia menemani Dhiya. Dalam diam Saiful mencintai Dhiya.

Malang hidup Dhiya bila datuk dan neneknya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Kehilangan mereka berdua membuatkan kehidupan Dhiya berasa kosong dan hilang tempat bergantung. Selepas SPM, Dhiya nekad meninggalkan kampung untuk mencari ibu kandungnya tanpa pengetahuan siapa.

Untuk menyara diri, Dhiya bekerja sambilan untuk menanggung pengajiannya di universiti. Suatu hari, Dhiya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu Aina. Aina membantu membawa Dhiya ke klinik untuk mendapat rawatan.

Insiden itu membuatkan Aina dan Dhiya mula berkawan. Kebetulan mereka berdua belajar di tempat yang sama. Aina menawarkan kepada Dhiya untuk bekerja di sebuah butik pakaian milik ibunya. Dhiya bersyukur dengan kerja tersebut dan nekad untuk bekerja bersungguh-sungguh.

Tetapi sekali lagi dugaan menimpa dirinya, Dhiya disabotaj oleh salah seorang pekerja di butik tersebut yang dikenali sebagai Kak Lin. Ini menyebabkan sekali lagi Dhiya berdepan dengan pelbagai tomahan.

Lebih mengejutkan Dhiya bila dia mendapat tahu bahawa ibu Aina yang bernama Ainul Mardhihah atau dikenali sebagai Mar adalah ibu kandungnya. Sayangnya Mar terlalu mempercayai Kak Lin dan tidak menyukai Dhiya.

Apa akan terjadi kepada Dhiya seterusnya. Dapatkah ibu Dhiya menerima Dhiya sebagai anak kandungnya? Bagaimana pula kisahnya dengan Saiful dan Kiflie yang selepas 4 tahun bertemu semula dengan Dhiya. Adakah persahabatan lama akan kembali bersatu atau kembali diuji bila kedua-dua lelaki itu mencuba untuk memenangi hati Dhiya.

Menarik kan Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah, jangan lupa tonton episod pertama Ainur Mardhiyah bermula esok 22 November 2016 pada setiap Selasa hingga Ahad jam 8:30 malam hanya di TV9.

Post a Comment

 
Top