Sinopsis Drama Mr Donat Karamel. Drama Mr Donat Karamel adalah satu lagi adaptasi novel yang mula bersiaran pada 2 November 2016 di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz dan diterbitkan oleh JS Pisctures Sdn Bhd.

Drama Mr Donat Karamel yang akan bersiaran selama 13 episod telah diarahkan oleh Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Idris Khan, Fimie Don, Roy Azman, Syazuwan Hassan DFKL, Noniswara, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar, Mona Allen dan ramai lagi.

Lagu Tema atau OST Drama Mr Donat Karamel bertajuk Jangan Kecam Cintaku nyanyian Bahrain Rahman.

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Drama Mr Donat Karamel mengisahkan tentang Anggun Qairah (Azira Shafinaz) yang merupakan seorang novelis. Hampir setiap hari dia akan ke sebuah kafe untuk menulis karyanya sambil makan donat karamel. Di kafe itu dia seakan berada dalam dunia ciptaannya sendiri.

Suatu hari dia terlibat dalam satu kemalangan kecil. Seorang lelaki telah melanggarnya secara tidak sengaja. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Anggun yang rabun tidak cam akan gerangan lelaki yang melanggarnya. Mujurlah Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi) lelaki yang ditemuinya tanpa sengaja ketika insiden itu membantu menggantikan barang-barang penting miliknya.

Faiq yang merupakan CEO sebuah syarikat, mula jatuh hati pada Anggun. Dia sanggup menjadi pelayan di Kafe Donat Karamel dengan tujuan untuk mendekati Anggun. Dia menyamar sebagai Rafiqi dan berpura-pura meminati semua karya Anggun.

Pada awalnya perhubungan mereka semakin bahagia namun kehadiran Zhariff, lelaki yang sekampung dengan Anggun mula mengeruhkan perhubungan mereka.  Tetapi perhubungan mereka tidak mudah goyah sehinggalah ke hari pernikahan mereka.

Anggun kecewa bila mendapat tahu siapa Rafiqi yang sebenar. Dia kecewa dan menganggap Faiq tidak jujur kepadanya selama ini. Tidak punya pilihan lain, Faiq terpaksa memulakan misi memikat isteri.

Zhariff pula tidak pernah mengalah. Dia terus cuba untuk mengeruhkan hubungan Anggun dan Faiq. Pertengkaran antara Faiq dan Zhariff membuat Anggun salah faham dan membawa diri ke kampung.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Faiq mencuri kembali hati isterinya itu?

Menarik kan Sinopsis Drama Mr Donat Karamel ini. Jangan lupa tonton drama bersiri ini pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9:00 malam hanya di Slot Lestary TV3.

Post a Comment

 
Top